fbpx

Wanita terima jambangan wang RM29,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ratih menerima jambangan wang tersebut daripada tiga rakan baiknya. – TikTok

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia menjadi sensasi internet kerana menerima hadiah hari lahir berupa jambangan wang tunai berjumlah 100 juta rupiah (RM29,172.54) daripada rakan-rakannya, lapor portal berita Wolipop kelmarin.

Berdasarkan  video yang tular di TikTok, wanita dikenali sebagai  Ratih Puspitasari itu dilihat menunjukkan jambangan wang tunai tersebut yang digubah menggunakan wang kertas bernilai 100,000 rupiah (RM29.16).

Ia merupakan  hadiah daripada tiga sahabat karibnya.

Menurut Ratih, dia mendapat hadiah tersebut pada ulang tahun kelahirannya,  11 Januari lalu.

“Ia merupakan hadiah ulang tahun kelahiran saya. Kami sudah kenal lama, namun hanya menjadi sahabat karib tahun lalu,” katanya.

Tambah Ratih, dia terkejut apabila menerima wang tersebut kerana nilainya yang banyak.

“Saya belum menggunakan wang itu dan tidak tahu hendak membelanjakannya untuk apa,” ujarnya.

Perkongsian wanita itu menjadi tular dengan netizen memberikan pelbagai komen.

“Pasti saya akan beli kereta baharu,” kata seorang netizen.

“Rakan baik saya hanya ajak makan di luar sahaja (ketika ulang tahun kelahiran),” komen seorang lagi. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI