fbpx

Wan Azizah dipanggil ke Bukit Aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Azizah.

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan dipanggil ke Bukit Aman pada pukul 3 petang hari ini.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Katanya, Wan Azizah dipanggil untuk dirakam keterangan berhubung siasatan penerbitan buku bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’ yang ditulis bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

“Beliau telah diminta hadir ke Bukit Aman kira-kira pukul 3 petang hari ini bagi membantu siasatan berhubung penerbitan sebuah buku yang ditulis Tommy Thomas.

“Ini juga merupakan prosedur biasa dalam satu-satu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! pada 8 Disember lalu melaporkan, kerajaan bersetuju menubuhkan Pasukan Petugas Khas Siasatan bagi menyiasat dakwaan dalam buku bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’ hasil tulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Buku berkenaan telah diterbitkan pada awal tahun tahun lalu, namun menerima banyak kritikan daripada pelbagai pihak antaranya Jabatan Peguam Negara, peguam, ahli politik dan orang awam kerana didakwa mengandungi unsur hasutan, penghinaan serta fitnah.

Sehubungan itu, Pasukan Petugas Khas Siasatan telah ditubuhkan hasil persetujuan mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Oktober lalu akan membuat kajian awal berhubung dakwaan-dakwaan yang ditulis dalam buku tersebut.

Difahamkan, sehingga kini, lebih 100 laporan polis terhadap bekas Peguam Negara tersebut berhubung penerbitan buku berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI