fbpx

Transformasi SPR turut perhalusi isu dana pembiayaan politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Junaidi.

PUTRAJAYA – Penambahbaikan sistem pilihan raya yang bakal meliputi isu dana pembiayaan politik sudah diperhalusi dalam usaha transformasi imej Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, usaha itu dijangka mampu menjadikan proses demokrasi lebih bersih.

“Saya sudah pun lihat draf ini dan sudah diberi taklimat oleh para pegawai, namun ia masih lagi embargo kerana perlu dibawa kepada mesyuarat Kabinet untuk dikaji lagi dengan teliti,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun Baharu 2022 peringkat jabatan itu di sini hari ini.

Jelas beliau, Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dijadikan rujukan itu tidak boleh menjadi ukuran tepat situasi rasuah kerana ada banyak faktor boleh mempengaruhi suasana korupsi.

“Bayangkan sebuah negara itu amat banyak rasuah tapi rakyatnya senyap, maka CPI pun (ok) tetapi kalau kurang kes namun rakyat kecoh, CPI negara itu akan jadi lebih teruk,” jelasnya.

Katanya, kerajaan mempunyai cara tersendiri bagi mengekang situasi itu dan antaranya transformasi SPR dalam masa terdekat dengan kajian mengenainya sudah siap untuk dibentangkan. -K! ONLINE

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI