fbpx

Trafik masih lancar di Lebuh Raya Utara-Selatan, Pantai Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan terkini aliran trafik Lebuh Raya Utara-Selatan

PETALING JAYA – Keadaan aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 dan 2 kelihatan masih lancar walaupun orang ramai dilihat mula memasuki lebuh raya untuk pulang sempena Tahun Baharu Cina.

Tinjuan Kosmo! menerusi portal rasmi Lembaga Lebuh Raya Malaysia mendapati ketiga-tiga lebuh raya berkenaan masih berada dalam keadaan terkawal.

Bagaimanapun, aliran trafik dilihat mula perlahan di Seremban Kilometer (KM) 274.3 menghala ke arah selatan.

Di sebelah utara, trafik turut dilihat mula perlahan di Rawang Selatan KM 446 dan Sungai Dua KM 130.95.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan sebanyak 120,000 kenderaan dijangka masuk ke negeri Melaka dan 50,000 kenderaan dijangka masuk ke Pulau Pinang bermula esok sempena cuti umum Tahun Baharu Cina pada 1 Februari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI