fbpx

Sorok dadah dalam bungkusan produk kelapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zaidi (tengah) menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas pada sidang akhbar di IPD Kota Kinabalu hari ini.

KOTA KINABALU – Polis merampas sebanyak 9.2 kilogram (kg) syabu dan satu kilogram ketamin bernilai RM386,848 dalam dua serbuan pada Rabu lalu dan semalam.

Dalam serbuan itu, pihak berkuasa memberkas tiga lelaki berusia 37 hingga 52 tahun dipercayai dalang sindiket terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah berkata, sindiket dadah menggunakan taktik menyimpan bahan terlarang itu didalam bungkusan produk berasaskan kelapa.

“Tangkapan pertama membabitkan seorang lelaki berusia 37 tahun yang ditahan pada pukul 2.45 petang kelmarin di Jalan Ranggung Batek, Likas dan merampas kotak berisi tujuh bungkusan dipercayai syabu seberat 7.17 kg.

“Kita menangkap rakannya pada hari sama di Luyang. Suspek ketiga pula diberkas di hadapan sebuah pusat beli-belah di Alam Mesra bersama syabu seberat 1.22 kg didalam beg yang dibawa,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu hari ini.

Jelasnya, pemeriksaan lanjut di kediaman suspek di Kampung Bantayan, Inanam pula membawa kepada penemuan 1.22 kg syabu dan satu kilogram ketamin.

Katnya, suspek dipercayai membuat pesanan dadah dari Semenanjung dengan menggunakan perkhidmatan kurier melalui alamat palsu dan menggunakan bungkusan produk berasaskan kelapa bagi mengaburi mata pihak polis. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI