fbpx

‘Saya tidak tahu butiran mesyuarat RCI Tabung Haji’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Junaidi.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat Lembaga Tabung Haji sudah mengadakan mesyuarat pertamanya kelmarin, tidak sampai seminggu selepas penubuhannya.

Perkara itu disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada sidang akhbar di sini hari ini.

“Ya, mereka sebenarnya telah pun bermesyuarat pada 26 Januari lalu, namun saya tidak tahu butirannya kerana ia bukan di bawah bidang kuasa dan portfolio jabatan saya,” katanya selepas menyampaikan ucapan pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun Baharu 2022 peringkat jabatan itu.

Kabinet pada 14 Julai tahun lalu bersetuju menubuhkan RCI bagi menyiasat isu berbangkit mengenai pengurusan dan operasi Tabung Haji (TH) mengikut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi memberitahu, kekeliruan bidang kuasa RCI itu yang sebenarnya terletak di bawah kuasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad.

“Saya cuma bantu sebab diarahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mencari ahli-ahli panel dan proses itu ambil masa yang panjang kerana bukannya mudah,” katanya.

Ia termasuk saringan ketat bagi memastikan semua ahli tiada konflik kepentingan dengan TH dan Kementerian Kewangan termasuk hubungan keluarga atau saudara. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI