fbpx

Rumah baharu hadiah ‘anniversary’ Ayda Jebat, Nabil Mahir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYDA dan Nabil memaknakan sambutan ulang tahun perkahwinan mereka pada 1 Januari lalu dengan hadiah sebuah rumah.

PETALING JAYA -“Hadiah anniversary sampai lambat, tapi rezeki tidak salah alamat.”

Tiada apa yang lebih bermakna buat pasangan selebriti popular, Ayda Jebat dan Nabil Mahir apabila perkahwinan mereka  yang berusia setahun kini berlimpahan bahagia dan kasih sayang.

Lebih indah, rumah tangga yang diserikan dengan kehadiran seong cahaya mata itu lebih bermakna apabila mereka kini sudah memiliki sebuah rumah baharu, hadiah untuk segala pengorbanan dan kerja kuat selama ini.

Menurut Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 30, biarpun hadiah berkenaan tiba agak lewat berbanding tarikh ulang tahun perkahwinan mereka yang jatuh pada tanggal 1 Januari lalu, dia tetap bersyukur kerana usaha keras dan pergorbanannya bersama suami terbayar.

“Alhamdulillah. Semua kerja keras, pengorbanan kami, tidak tidur malam, kepayahan dan kejatuhan semua terbayar,” kongsi Ayda yang turut memuat naik gambar rumah baharunya dalam akaun Instagramnya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Temberang itu turut mendedahkan, bukan mudah untuk mereka suami isteri memiliki rumah berkenaan tanpa kerja keras.

“Kerja siang malam sampai ke pagi sampai tidak mampu nak buka mata, tetapi muka masih senyum depan kamera.

“Tahniah buat Nabil Mahir (suami) dan saya. Mari sibukkan diri untuk rumah baru kita,” tulis Ayda lagi.

Dalam pada itu suaminya, pangacara Nabil Mahir, 34,p turut meluahkan rasa syukurnya kerana dapat memiliki sebuah rumah baru.

“Kita berjaya lakukan! Alhamdulillah, kami  membeli sebuah rumah baru untuk  diri kami. Hadiah anniversary lambat, tetapi rezeki tidak pernah salah alamat,” tulis Nabil di Instagramnya.

Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ana Nayla yang dilahirkan pada  21 September tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI