fbpx

Ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri sehingga malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan bagi tempoh seminggu bermula 29 Januari sehingga 4 Februari bagi seluruh Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, sistem cuaca tekanan rendah di Barat Pulau Palawan, Filipina dijangka lemah dan menjauhi kawasan rantau negara dalam tempoh 24 jam.

“Bagaimanapun, ribut petir serta hujan lebat dijangka melanda di sebelah Pantai Barat Semenanjung khususnya Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka sehingga awal malam ini.

“Selain itu, turut dijangka alami cuaca buruk di sebelah barat Sabah, utara dan tengah Sarawak,” ujarnya.

Sementara itu, cuaca panas dan kering dijangka berterusan di negeri-negeri utara dan timur Semenanjung.

Orang awam dinasihatkan agar berwaspada dan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI