fbpx

Ribut petir, angin kencang di empat negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bagi negeri Pulau Pinang, Perak, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pagi ini.

MetMalaysia dalam laporannya berkata, cuaca buruk itu dijangka berlaku sehingga pukul 9 pagi.

“Di Pulau Pinang, amaran dikeluarkan di sebelah Barat Daya, Timur Laut dan Seberang Perai Selatan.

“Amaran yang sama turut dikeluarkan bagi seluruh Wilayah Persekutuan Labuan manakala di Perak hanya membabitkan Kerian,” katanya.

Sementara itu, di Sarawak melibatkan Miri (Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

“Di Sabah, cuaca buruk dijangka berlaku di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan) dan Tawau (Tawau),” ujarnya.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) sejam dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI