fbpx

Polis awasi 48 lokasi kerap kemalangan di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior (tiga dari kanan) melakukan pelepasan Ops Selamat 17 pada Majlis Pelancaran Ops Selamat 17 sempena Tahun Baru Cina 2022 di Plaza Tol Ipoh Selatan, Ipoh hari ini.

IPOH – Sebanyak 48 lokasi kerap berlaku kemalangan di negeri ini dan akan diberi lebih tumpuan pada Ops Selamat 17 sempena Tahun Baharu Cina 2022, bermula hari ini sehingga 6 Februari depan.

Antara lokasi tersebut ialah di Gerik, Manjung, Ipoh, Hilir Perak, Sungai Siput, Taiping, Muallim dan Kuala Kangsar.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, operasi tersebut memfokuskan pada penguatkuasaan berhemah dan tegas terhadap enam kesalahan lalu lintas utama, melancarkan pergerakan lalu lintas, khidmat kepada pengguna jalan raya serta pencegahan jenayah.

“Enam kesalahan tumpuan yang dikatakan sebagai punca kemalangan ialah pandu melebihi had
laju, memandu di lorong kecemasan, memotong garisan berkembar dan memotong giliran.

“Turut diberi perhatian ialah tidak mematuhi lampu isyarat dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Op Selamat 17 sempena Tahun Baharu Cina 2022 di Plaza Tol Ipoh Selatan di sini hari ini.

Menurut Mior Farid, berdasarkan statistik yang direkodkan menerusi Ops Selamat sebelum ini, kemalangan yang direkodkan di Perak menurun pada tahun lalu iaitu sebanyak 1,114 kes berbanding tahun sebelumnya dengan 1,946 kes.

Bagaimana pun katanya, bagi kemalangan ringan mencatatkan peningkatan sebanyak 51 kes iaitu 26 kes pada tahun 2020 berbanding 77 kes tahun lalu.

Beliau mengingatkan pengguna jalan raya agar tidak mementingkan diri dengan menggunakan lorong kecemasan semata-mata untuk mendapatkan laluan pantas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI