fbpx

Pengusaha chalet rugi RM40,000, kontraktor gagal siapkan projek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANIM ROSE (kanan) meninjau binaan tandas di tapak chaletnya yang gagal disiapkan pihak kontraktor di Sedili Besar, Kota Tinggi.

KOTA TINGGI – Seorang pengusaha chalet di sini terpaksa menanggung kerugian RM40,000 selepas mendakwa ditipu seorang kontraktor binaan tempatan yang gagal menyiapkan projek mengikut waktu dipersetujui.

Hanim Rose Abu Samah, 53, berkata, dia kecewa dengan pelbagai janji manis lelaki berusia awal 40-an itu yang melakukan kerja ala kadar di chaletnya di Sedili Besar, di sini bermula Oktober tahun lalu.

Katanya, dia mengenali lelaki itu selepas diperkenalkan seseorang yang terlihat mengenai kerja meratakan tapak khemah chaletnya di Facebook.

“Kontraktor itu datang me­nemui saya dan kami bersetuju dengan sebut harga projek sebanyak RM56,600 bagi membina kemudahan termasuk tandas dan 10 tapak perkhemahan standard serta lima berciri VIP.

“Lelaki itu mula menghantar pekerja dan saya diminta membayar sejumlah wang secara be­peringkat antaranya RM15,000 hinggalah kali terakhir sebanyak RM25,000,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ujarnya, lelaki itu menjanjikan kerja tersebut boleh disiapkan dalam tempoh sebulan, namun selepas habis tempoh itu, hanya binaan tandas sahaja yang separuh siap dilakukan selain dua batang pokok yang diratakan menggunakan jengkaut.

“Dari mula kerja pelbagai alasan diberi kontraktor itu sehingga saya ambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatannya.

“Projek itu tergendala dan saya amat terperanjat apabila dia mendakwa saya pula masih berhutang dengannya RM9,000 atas alasan dia sudah buat kerja dan keluarkan kos,” katanya.

Katanya, sedangkan dia sudah membayar RM40,000 dan selepas beberapa ketika, dia lembut hati untuk melantiknya semula bagi menghabiskan kerja yang tertangguh.

“Namun janji hanya tinggal janji, sehingga kini masih tidak nampak batang hidungnya selain tidak menjawab telefon serta mencabar kes ini ditularkan.

“Susulan itu saya membuat laporan polis di Balai Polis Kota Tinggi pada 8 Januari lalu,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI