fbpx

Peminat perlu positif pelantikan Pan-gon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAQUAN ADHA meminta para penyokong bola sepak tempatan memberi sokongan kepada ketua jurulatih baru Harimau Malaya, Pan-gon.

BEKAS kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha Abd. Radzak menyeru peminat bola sepak tempatan supaya tidak melontar persepsi negatif berhubung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melantik pengendali import dari Korea Selatan, Kim Pan-gon sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan.

Sebaliknya, penyerang pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) itu mahu semua pihak khusus­nya penyokong bola sepak negara berfikiran positif dengan percaya kepada proses yang bakal dibuat oleh pengendali baharu Harimau Malaya itu.

Kata Zaquan, sudah tentu tugas Pan-gon pada fasa permulaan cukup berat memandangkan beliau masih baharu dengan bola sepak di Malaysia dan tidak mengenali pemain secara peribadi.

“Sebagai pemain yang pernah bermain dengan skuad kebangsaan, saya anggap sesiapa sahaja yang dilantik menjadi ketua jurulatih memikul tugas dan tanggungjawab yang berat khususnya pengendali dari luar negara.

“Memandangkan dia masih baru di Malaysia, saya percaya pengambilan pemain yang bakal dilakukan nanti akan dinilai dan diteliti daripada pelbagai aspek.

“Apa yang pasti, saya harap semua pihak mengambil situasi daripada sudut positif dan tidak berfikiran negatif kerana kita perlu yakin dengan kebolehan jurulatih tersebut,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Sebagai rekod, FAM telah mengesahkan kehadiran Pan-gon untuk mengisi kekosongan jawatan yang telah ditinggalkan Tan Cheng Hoe yang telah mengambil keputusan untuk melepaskan tugasnya pada awal bulan ini.

Pan-gon yang berusia 53 tahun sebelum ini pernah memiliki pengalaman membimbing pasukan Hong Kong pada dua penggal dari 2009-2010 dan 2012-2017.

Kehadiran Pan-gon menyaksikan skuad negara dibimbing pengendali import buat kali pertama sejak 2017 sewaktu di bawah bimbingan ketua jurulatih dari Portugal, Nelo Vingada.

Pan-Gon yang bakal tiba di Malaysia pada bulan depan dijangka memulakan tugas rasmi pada kalendar antarabangsa untuk aksi persahabatan buat skuad Harimau Malaya pada Mac nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI