fbpx

MBSA pantau, selenggara pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan MBSA memotong pokok yang tumbang di sekitar Seksyen U1, Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sentiasa melakukan pemantauan dan penyelenggaraan ke atas pokok-pokok di sekitar bandar raya ini termasuk kawasan tepi laluan utama jalan raya.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, perkara berkenaan diselia oleh Jabatan Landskap MBSA.

“Kita menerusi jabatan itu sememangnya membuat pemantauan secara berkala ke atas pokok-pokok di bawah kawasan pentadbiran MBSA.

“Langkah itu perlu bagi memastikan keadaan semasa pokok berkenaan dan menjamin keselamatan orang awam termasuk pengguna jalan raya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Semalam, hujan dan ribut menyebabkan dua kenderaan rosak dihempap pokok tumbang di Jalan Subang berdekatan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) di sini, kira-kira pukul 5 petang.

Mengulas lanjut, kata Shahrin, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian beberapa pokok tumbang di kawasan antaranya Seksyen U1, Seksyen U2 dan Seksyen 13.

“Pasukan Pantas MBSA bergegas ke lokasi  untuk memotong pokok dan dahan yang tumbang atau patah. Kesemuanya sudah berjaya dialihkan bagi memudahkan aliran trafik di kawasan berkenaan,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI