fbpx

Lelaki Britain bapa kepada 129 anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jones menunjukkan spesimen sperma yang dihasilkan sebelum diberi kepada mereka yang menginginkannya. - Clive Jones/BPM Media

LONDON – Seorang lelaki mendakwa dirinya sebagai penderma sperma paling banyak di dunia apabila menjadi ‘ayah’ kepada seramai 129 kanak-kanak, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Guru bersara, Clive Jones,66, berkata,  jumlah tersebut akan bertambah apabila terdapat sembilan lagi bayi yang terhasil daripada ‘sumbangan’ spermanya bakal dilahirkan.

Menurut Jones, dia mula menderma sperma di usia yang agak lewat iaitu 58 tahun apabila memuat naik tawarannya di salah satu laman web pencarian sperma.

“Ramai yang bertanya mengapa saya memilih untuk mendermakan sperma secara percuma,  namun ia hanya akan difahami jika mereka melihat kegembiraan pada wajah ibu bapa yang menerima ‘sumbangan’ kecil saya ini.

“Kebanyakan klinik atau bank sperma menjual bahan yang didapati secara percuma jadi saya berbangga dapat membantu keluarga yang mahukan anak tanpa mengenakan sebarang caj,” jelasnya.

Tambah Jones, dia belum berhasrat untuk berhenti menderma dan mungkin meneruskan aktiviti itu sehingga bayi yang dilahirkan mencecah angka 150 orang.

Sementara itu, Perkhidmatan Kesihatan Antarabangsa (NHS) menasihati orang ramai untuk mendapatkan sperma dari klinik yang berdaftar bagi mengelak sebarang komplikasi kesihatan.

“Kami tidak boleh menghalang orang awam daripada menawarkan sperma mereka, namun buat ibu bapa, sila rujuk dengan klinik berdaftar kerana pendermaan sperma memerluka penelitian kesihatan yang teliti.

“Ia akan memberi kesan kepada keadaan bayi yang bakal dilahirkan,” kata satu kenyataan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI