fbpx

Lebih 20 hotspot banjir kilat dikenak pasti – Bomba Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengenal pasti lebih 20 lokasi panas (hotspot) banjir kilat di negeri ini.

Pengarahnya, Norazam Khamis berkata, kejadian itu berlaku sekiranya dilanda hujan dalam tempoh satu hingga dua jam.

Antara kawasan terlibat adalah Taman Sri Muda, Kampung Bukit Lanchong, Jalan Kebun dan Seksyen 17 serta di Subang Jaya dan Puchong.

Selain itu, turut dikenal pasti adalah Kampung Bukit Changgang, Labohan Dagang dan Labu Lanjut di Sepang, Parit Mahang dan Desa Coalfield di Kuala Selangor serta Pekan Rawang di Rawang.

“Kita tidak lagi menunggu panggilan orang ramai untuk melakukan kerja-kerja meronda kawasan ‘hotspot’ banjir kilat.

“Kesemua anggotanya diletakkan dalam keadaan siap siaga yang tinggi sejak kejadian bah di Selangor pada Disember lalu dan diteruskan sehingga Februari ini bagi memastikan tindakan dapat diambil dengan lebih cepat dan pantas,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Terdahulu, beliau melancarkan kempen keselamatan berkaitan musim perayaan Tahun Baru Cina 2022 di AEON Mall, Seksyen 13, di sini.

Kempen keselamatan yang bermula pada 20 Januari sehingga 10 Februari itu akan memberi tumpuan kepada pemeriksaan menghapus bahaya kebakaran terutama di kawasan tumpuan orang ramai seperti di pusat beli-belah dan hotel bagi memastikan keadaan selamat. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI