fbpx

KPDNHEP serbu premis jual alat pemadam api tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang anggota KPDNHEP memerika alat pemadam api disyaki tiruan yang dirampas baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Sebanyak 864 unit pemadam api dipercayai tiruan bernilai RM85,536 dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Petaling Jaya, Selangor pada 25 Januari lalu.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam kenyataannya berkata, seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an yang mengaku sebagai pengurus premis turut ditahan bagi membantu siasatan.

Menurut kenyataan itu, hasil pengecaman awal oleh wakil pihak cap dagangan berdaftar mengesahkan kesemua produk itu adalah tiruan berdasarkan ciri-ciri pada pembungkusan dan produk itu sendiri.

“Premis berkenaan juga didapati mengedar alat pemadam api untuk pasaran domestik melalui penjualan di premis perniagaan secara fizikal sekitar Lembah Klang dan online melalui platform e-dagang.

“Siasatan mendapati, bekalan pemadam api ini dipercayai diimport dari negara jiran. Turut dirampas beberapa dokumen perniagaan,” katanya.

Tambahnya, serbuan dilakukan berikutan aduan daripada wakil cap dagangan berdaftar. Kes disiasat di bawah Seksyen 102(1)(b) Akta Cap Dagangan 2019. -K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI