fbpx

[VIDEO] Kes mandi jenazah: semua pihak berdamai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Zainul Rijal. - FOTO: AFIQ RAZALI

SUNGAI BULOH – Semua pihak yang terlibat dalam kes memandikan Daniel Iskandar seperti jenazah mengambil keputusan untuk berdamai dan menyelesaikan perkara tersebut secara baik.

Keputusan itu dilakukan selepas Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) mengatur rundingan dengan kehadiran Timbalan Mufti Selangor, Prof. Madya Dr. Miszairi Sitiris, Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid dan ahli keluarga Daniel Iskandar di Masjid Al Islahiah, Kuang di sini hari ini.

Difahamkan, sesi pertemuan yang disarankan Mahkamah Tinggi sebelum ini dijadualkan berlangsung minggu lalu, namun ditunda selepas Daniel Iskandar dimasukkan ke hospital dipercayai diserang sawan.

Pengerusi PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, semua pihak terlibat dalam kes itu telah bersemuka dan mencapai kata sepakat untuk saling bermaaf-maafan.

Daniel Iskandar (kiri) memohon maaf kepada AJK masjid, Masjid Islahiah, Kuang di sini hari ini. – FOTO AFIQ RAZALI

“Semua pihak yang terlibat pada hari ini juga telah bersetuju untuk tidak mengungkit perkara ini selain menjadikan ia sebagai satu teladan untuk semua pihak.

“Pihak keluarga Daniel Iskandar juga telah menerima permohonan maaf dengan hati terbuka dan turut memohon maaf atas kekhilafan Daniel,” katanya ketika pertemuan tersebut berlangsung di Masjid Al Islahiah, Kuang semalam.

Berita berkaitan: Hakim saran masjid, tukang rakam dan viral mohon maaf

Berita berkaitan: Ibu Daniel sedia terima maaf

Difahamkan, Daniel yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik tinggal bersama datuknya selepas kedua ibu bapanya bercerai ketika berusia lapan tahun.

Berita berkaitan: Daniel jalani khidmat sosial 120 jam di masjid

Kosmo! pada 13 Januari lalu melaporkan, Mahkamah Majisret Selayang menjatuhkan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 ke atas Daniel Iskandar Mohd. Nasir, 19, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Dalam kejadian pada 8 Januari lalu, Daniel Iskandar didapati cuba mencuri tabung kepunyaan Masjid Al Islahiah, Kuang dengan mengheret dan menyorokkan tabung tersebut di dalam bilik mandi jenazah kira-kira pukul 11.58 malam.

Kejadian disedari ahli jawatankuasa (AJK) masjid sebelum mereka bertindak memandikan termasuk dilumurkan kapur barus seperti jenazah sebagai hukuman kerana mencuri di masjid berkenaan.

Bagaimanapun, pada 17 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengetepikan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 yang dikenakan ke atas Daniel Iskandar dengan menggantikan kepada khidmat masyarakat selama 120 jam dalam tempoh enam bulan.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI