fbpx

Kabinet putuskan tiada kenaikan tarif elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kabinet memutuskan untuk tidak menaikkan tarif elektrik kepada lebih sembilan juta pengguna domestik

PETALING JAYA- Kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan tarif elektrik kepada lebih sembilan juta pengguna domestik sekali gus dilihat berupaya mengurangkan beban pengguna.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, susulan keputusan itu, kerajaan turut memutuskan meneruskan subsidi sebanyak RM700 juta kepada pengguna domestik.

“Kabinet memutuskan untuk tidak menaikkan tarif elektrik lebih sembilan juta pengguna domestik.

“Sehubungan itu, kerajaan memutuskan untuk meneruskan subsidi sebanyak lebih RM700 juta agar pengguna domestik tidak terkesan,” katanya menerusi ciapan Twitter tadi.

Sementara itu, Suruhanjaya Tenaga dalam satu kenyataan berkata, kerajaan bersetuju mengekalkan kadar tarif elektrik semasa bagi pengguna domestik di Semenanjung untuk tempoh kawal selia bermula 1 Februari 2022 hingga 31 Disember 2024 di bawah mekanisme Incentive-Based Regulation (IBR).

Katanya, kadar tarif ini telah digunakan sejak 1 Januari 2014 apabila mekanisme IBR diperkenalkan sebagai dasar baru dalam penetapan tarif elektrik.

“Keputusan ini juga terpakai kepada pengguna komersial dan industri. Bagi tempoh 1 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021, berlaku peningkatan dalam kos bahan api dan kos penjanaan lain sebanyak RM1.67 bilion ekoran kenaikan harga arang batu.

“Oleh itu, di bawah mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) yang disemak setiap enam bulan, kerajaan memutuskan supaya bagi tempoh 1 Februari hingga 30 Jun 2022, pelaksanaan pelarasan tarif elektrik dilaksanakan mengikut kaedah digariskan,” katanya.

Menurutnya, ia termasuklah pemberian rebat 2 sen/kWj dikekalkan kepada semua pengguna domestik dan tiada surcaj dikenakan.

“Untuk itu, tiada kenaikan tarif elektrik kepada penggunapengguna domestik di Semenanjung selain pengenaan surcaj 3.70 sen/kWj kepada semua pengguna bukan domestik seperti komersial dan industri,” ujarnya.

Jelas Suruhanjaya Tenaga lagi, bagi mengekalkan pemberian rebat dan tanggungan kos surcaj ICPT sepenuhnya kepada semua pengguna domestik, kerajaan memperuntukkan dana Kumpulan Wang Industri Elektrik sebanyak RM715 juta untuk menanggung kos tersebut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI