fbpx

Gempa bumi sederhana di Maluku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gempa bumi sederhana berlaku di Selatan Laut Maluku

PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 skala Richter berlaku di Selatan Laut Maluku pada pukul 2.53 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, pusat gempa bumi tersebut terletak 0.4 darjah selatan dan 124.5 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer (km).

“Kejadian berlaku di 183 km Tenggara dari Gorontalo, Indonesia.

“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian bencana alam itu,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI