fbpx

England mansuh sekatan Omicron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemakaian pelitup muka bukan lagi satu kewajipan di England. -Decan Herald

LONDON – England semalam memansuhkan sekatan koronavirus yang dilaksanakan bagi menangani varian Omicron termasuk tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat dan membatalkan pasport vaksin.

Bilangan kes positif Covid-19 menurun mendadak sejak dua minggu lalu dan walaupun kes masih tinggi, graf angka jangkitan terus mendatar selama  beberapa hari.

Kerajaan Britain memperkenalkan sekatan dinamakan ‘Pelan-B’ itu pada 8 Disember 2021 apabila Perdana Menteri, Boris Johnson  memberi amaran tentang ketibaan gelombang jangkitan  Omicron.

Pelitup muka wajib dipakai di semua tempat tertutup, manakala dokumen vaksinasi diperlukan untuk masuk ke tempat awam seperti kelab malam, stadium bola sepak dan acara berskala besar lain.

Di jalan-jalan di London di sekitar Gereja St Paul, orang ramai yang ditanya rata-rata menyokong langkah memansuhkan sekatan koronavirus tersebut yang dibuat selepas lebih 37 juta penduduk Britain telah menerima dos penggalak.

“Saya fikir pemansuhan sekatan ini adalah sesuatu yang baik. Kini situasi kembali seperti sedia kala,” kata  Elizabeth Hynes, 71, yang berasal dari Ireland tetapi telah menetap di England selama 47 tahun.

Seorang wanita dari Sepanyol, Julia, 28, bersetuju dengan pendapat tersebut.

“Masa sudah tiba untuk kembali kepada kehidupan normal. Kita perlu memikul tanggungjawab sendiri untuk mengekang penularan koronavirus,” katanya.

Bermula semalam, penumpang rangkaian kenderaan awam London masih diwajibkan memakai pelitup muka tetapi pemakaiannya tidak lagi mandatori di dalam bilik darjah sekolah menengah. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI