PETALING JAYA – Penduduk di negeri Selangor, Putrajaya dan Negeri Sembilan diberi amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang malam ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan berkata, cuaca buruk tersebut dijangka berlaku sehingga pukul 9 malam.
“Di Selangor, amaran dikeluarkan bagi kawasan Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang manakala di Negeri Sembilan hanya tertumpu di Seremban.
“Cuaca buruk turut dijangka berlaku membabitkan keseluruhan kawasan Putrajaya,” katanya hari ini.
Sementara itu, pengguna lebuh raya serta orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan sentiasa waspada dengan perubahan cuaca. – K! ONLINE