fbpx

Bekas calon PRK berdepan hukuman mati bunuh suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seck Yan (kanan) didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh suaminya. /FOTO MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN  – Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh suaminya di sebuah rumah di Rasah Kemayan Seremban 2 di sini, Ahad lalu.

Tertuduh, Lau Seck Yan, 55, seorang suri rumah dan juga bekas calon bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norzaliza Tesmin.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Pada prosiding tersebut, Seck Yan memberitahu, dia tidak sepatutnya didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Ini satu pertuduhan mengkhianat dan memfitnah saya. Saya tidak sanggup didakwa di bawah seksyen tersebut (membunuh),” katanya.

Mengikut pertuduhan, wanita itu ddakwa menyebabkan kematian suaminya, Poh Seng Hiap, 55. Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati.

Berita berkaitan: Suami maut ditikam isteri

Terdahulu, tertuduh yang tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 9.30 pagi menarik perhatian orang ramai apabila berulang kaki menjerit memaklumkan dia tidak membunuh sesiapa dan menjadi mangsa sebaik keluar daripada kenderaan polis.

“Saya tidak bunuh sesiapa. Saya adalah mangsa. Saya telah dituduh (membunuh).

“Ingat muka saya, ingat kata-kata saya. Saya tidak bunuh sesiapa. Mereka nak siasat saya di bawah seksyen ini (membunuh), ini tidak adil dia (mangsa) tolak saya,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI