MUNGKIN ramai yang sudah tahu bahawa Chansung 2PM bakal menamatkan zaman bujangnya bersama wanita bukan selebriti selain sedang menanti kelahiran cahaya mata sulung mereka.
Terbaharu, sebuah portal media berkongsi dengan lebih lanjut mengenai identiti wanita yang berjaya merebut hati Chansung.
Khabarnya, wanita itu sudah pun memasuki usia 40-an dan lapan tahun lebih tua daripada Chansung yang kini berumur 32 tahun.
Dalam perkongsian sama, pasangan itu sebenarnya mahu melangsungkan perkahwinan pada awal tahun ini, namun terpaksa menangguhkan perancangan tersebut disebabkan keadaan pandemik yang tidak menentu.
Rentetan penyebaran identiti bakal isteri Chansung, bekas agensinya JYP Entertainment pantas mengeluarkan satu kenyataan.
“Kontrak eksklusif kami bersama Chansung sudah pun tamat baru-baru ini. Sila faham bahawa pertanyaan mengenai artis adalah peribadi dan sukar untuk disahkan,” tulis kenyataan tersebut ringkas.
Untuk rekod, Chansung dan pasangannya dilaporkan sudah lima tahun menjalinkan hubungan cinta.