MOSCOW – Presiden Rusia, Vladimir Putin mendedahkan ‘senjata rahsia’ dalam pasukan tenteranya yang terdiri daripada barisan askar wanita jelita sebagai strategi untuk menyerang Ukraine, lapor akhbar Daily Star semalam.
Menurut laporan, lebih sejuta anggota tentera Rusia turut terdiri daripada kira-kira 160,000 askar wanita yang digalakkan untuk menyertai pasukan pertahanan sebagai menunjukkan lambang kewanitaan mereka.
Kementerian Pertahanan Rusia bahkan turut menganjurkan pertandingan ratu cantik tahunan yang menilai askar-askar wanita dari segi penampilan serta kemahiran bertempur.
Pada acara tahun lepas, para peserta mengecat wajah mereka menggunakan cat penyamaran berwarna-warni beserta lukisan seperti bintang dan bendera.
Selain itu, mereka turut mengambil bahagian dalam acara biathlon dengan menggunakan senjata api jenis AK-47 bagi disiplin menembak.
Meskipun Putin melarang askar wanita Rusia daripada bertempur di barisan hadapan medan perang, mereka boleh memainkan peranan utama dalam proses pencerobohan ke atas Ukraine. – AGENSI