fbpx

10 lelaki ditahan kes bergaduh di lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, dekat sini Rabu lalu.

GEORGE TOWN – Lima lagi penarik kereta ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan akibat salah faham urusan menarik kereta di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini Rabu lalu.

Penahanan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan suspek yang ditahan berhubung insiden itu adalah 10 orang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, dua daripada mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis.

“Lapan lagi masih direman selama lima hari sehingga 31 Januari ini, kesemua suspek berusia lingkungan 21 hingga 54 tahun dan berasal dari Pulau Pinang.

“Suspek yang masih ditahan reman berada di Lokap Berpusat Bayan Baru untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, seramai lima lelaki tempatan berusia antara 26 hingga 50 tahun ditahan polis susulan insiden pergaduhan berkenaan.

Kejadian berlaku di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu di sini kira-kira pukul 2 petang semalam melibatkan kira-kira 20 individu yang videonya turut tular dalam media sosial. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI