fbpx

Wanita tunggang motosikal berdiri ada masalah mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan seorang wanita menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya berlaku di Kilometer 32 Jalan Johor Bahru-Air Hitam, Kulai, kelmarin.

KULAI – Wanita yang menunggang motosikal secara berdiri dan tidak memakai topi keledar yang tular di media sosial sejak kelmarin mempunyai masalah kesihatan mental.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya sudah menahan wanita warga Indonesia berusia 29 tahun itu pada pukul 11.30 pagi kelmarin.

Menurut beliau, siasatan mendapati wanita itu mempunyai gangguan kesihatan mental dan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah ketika berada di negara ini.

“Polis menerima laporan berhubung satu video tular itu dan semakan mendapati kejadian berlaku di Kilometer 32, Jalan Johor Bahru-Air Hitam di sini.

“Susulan laporan yang dibuat, polis berjaya mengesan wanita itu di medan selera TJ Mart dan tangkapan telahpun dibuat,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Polis merampas motosikal jenis skuter SYM yang digunakan. Wanita itu dipercayai bertindak demikian kerana kemurungan akibat tekanan yang dihadapinya

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959 (Pindaan 2002).-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI