fbpx

Tinggal 1.3 tan daun ketum dalam lori lepas kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daun ketum di dalam plastik yang ditemui di dalam lori yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 117.3 Jalan Raya Timur Barat, Batu Melintang dekat Jeli, Sabtu lalu. - Foto IHSAN POLIS

JELI – Polis menemui sebanyak 1.3 tan daun ketum di dalam sebuah lori yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 117.3 Jalan Raya Timur Barat dekat Batu Melintang di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Ariffin berkata, kejadian itu disedari oleh anggota unit kereta peronda (MPV) semasa menjalankan rondaan ketika melalui kawasan berkenaan kira-kira pukul 1 tengah hari.

Katanya, anggota polis melihat sebuah lori jenis Nissan berwarna putih yang sudah tiada pemandu terbabit dalam kemalangan di situ.

“Selepas membuat pemerhatian terhadap lori itu, tiada pemandu yang datang menuntut kenderaan terbabit. Anggota polis terus membuat pemeriksaan di dalam lori itu sebelum menemui bungkusan plastik hitam yang mengandungi balutan lutsinar.

“Pemeriksaan di dalam plastik berkenaan telah membawa kepada penemuan daun yang berwarna hijau disyaki daun ketum yang disembunyikan di belakang lori itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Ahmad berkata, kesemua daun ketum yang dirampas itu bernilai RM13,000 telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI