fbpx

Tanah mendap: Rekahan semakin membesar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anbalagan

SERDANG – Kejadian tebing runtuh di Jalan LP1A/2 Lestari Perdana, Seri Kembangan di sini kelmarin dilaporkan semakin buruk dan rekahan di jalan tersebut menjadi besar.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA. Anbalagan berkata, pihak Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) maklum dengan mengenai kejadian itu dan telah melakukan proses meratifikasi kawasan supaya ia selamat dengan menanam cerucuk besi.

“Proses itu akan mengambil masa selama tujuh hari meliputi 150 meter di kawasan tanah runtuh. Sebanyak 50 besi telah dicucuk semalam bagi memastikan pergerakan tidak merebak ke kawasan lain,” katanya.

Anbalagan menasihatkan pemilik kedai supaya mengosongkan kawasan terbabit sehingga keadaan kembali selamat.

Sehingga kini polis masih belum menerima sebarang laporan daripada pemilik kenderaan yang terlibat dalam kejadian itu.

Difahamkan kenderaan-kenderaan yang terlibat telah kereta yang mengalami kerosakan.

“Sekiranya pemilik kenderaan yang terlibat dalam kejadian itu mempunyai insurans, mereka boleh membuat laporan polis untuk tujuan tuntutan,” jelasnya.

Semalam Kosmo! melaporkan satu video berdurasi 15 saat tular di media sosial memaparkan dua lelaki yang berada berdekatan tebing longkang berlari menyelamatkan diri sebaik menyedari tebing berkenaan runtuh.

Kelihatan sejumlah buah kenderaan yang diparkir di tepi tebing turut tenggelam bersama runtuhan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI