fbpx

Sayunya sujud syukur, selawat Aliff Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI Aliff Aziz saat diumumkan juara GV8.

SEPANJANG minggu ini, nama Aliff Aziz memang hangat diperkatakan, terutama dalam media sosial.

Tidak henti-henti netizen mempertikaikan kemenangannya sebagai juara Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), naik kasihan pula hati Mizz Lahar tatkala membaca semua komen menghentam Aliff.

Namun, dalam berjuta-juta kecaman, terselit juga komen memuji aksi sujud syukurnya selepas diumumkan sebagai pemenang.

Ada juga hati yang sayu sebaik selawat terbit daripada mulut Aliff sebelum memberi ucapan kemenangan.

“Aliff Aziz juara!! Bibir tak lepas menyebut Allah SWT dan selawat. Sentiasa jadi contoh yang baik dan memang selayaknya menang,” komen seorang netizen.

“Bila tengok Aliff sujud syukur terus aku rasa sebak,” ciap seorang lagi pengguna Twitter.

Memang tidak dinafikan, keperibadian Aliff tidak seperti dahulu. Jiwanya sangat membumi. Semoga terus istiqamah ya, Aliff. Ramai sayang awak!

MIZZ LAHAR: Ramai yang turut sebak menonton video Bella Astillah menitiskan air mata selepas suaminya diumumkan sebagai juara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI