fbpx

Sarjan trafik hadapi 42 tuduhan rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH (dua dari kanan) dibawa keluar dari mahkamah selepas didakwa atas 42 pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuantan di Kuantan hari ini.

Oleh – DIANA SURYA ABD WAHAB

KUANTAN – Seorang anggota polis berpangkat sarjan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan di sini hari ini atas 42 pertuduhan menerima rasuah daripada dua individu berjumlah RM11,600.

Tertuduh, Abdul Ghafa Harun, 57, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Zamzani Mohd Zain.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ke-34, Abdul Ghafa sebagai yang bertugas di Ibu pejabat Polis Kontinjen Pahang secara rasuah didakwa telah menerima suapan melalui pindahan dalam talian yang mana mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasmi daripada Ong Mooi Kiong.

Bagi lapan pertuduhan seterusnya, tertuduh didakwa menerima suapan wang tunai daripada individu bernama Adam Malik Jakirman. Kesemua kesalahan dilakukan di Maybank Cawangan Berserah sejak 2 Januari 2017 sehingga 3 Disember 2019.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Tertuduh memohon jaminan dikurangkan atas alasan perlu menanggung keluarga dan mempunyai masalah kesihatan yang memerlukannya mendapat rawatan.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuantan sehingga kes selesai. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI