fbpx

Polis rampas ganja RM668,300

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Surina (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian ketulan mampat ganja yang dirampas dalam tiga serbuan di Perlis pada Isnin lalu.

KANGAR – Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas menahan enam suspek dan merampas ganja bernilai RM668,300 dalam tiga serbuan di negeri ini, Isnin lalu.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, pihaknya memberkas enam lelaki berusia 28 hingga 45 tahun serta merampas 270 ketulan ganja mampat seberat 267.32 kilogram (kg).

Kata beliau, dalam serbuan pertama, pada pukul 8.30 pagi, pihaknya mengesan sebuah trak pikap jenis Ford Ranger di Jalan Tuanku Syed Putra menuju ke arah Alor Setar

“Anggota polis mengekori dan mengejar kenderaan itu sejauh 10 kilometer sebelum Ford Ranger tersebut terbabas dan merempuh sebuah rumah di Kampung Lat, Simpang Empat.

“Dua lelaki berusia 29 dan 39 tahun ditahan bersama sejumlah ganja yang disusun pada bahagian kargo trak pikap tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis di sini hari ini.

Serbuan kedua dilakukan di sebuah rumah di Seriab di sini yang membawa kepada penahanan tiga lagi lelaki berusia 28 hingga 45 tahun dan merampas 1.03 kg ganja.

“Serbuan ketiga dilakukan di Kampung Utan Ibus, Kuala Perlis dekat sini dan polis menahan seorang lagi suspek lelaki berusia 28 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket tersebut,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI