fbpx

Pemimpin berpolitik, Sultan Johor terus bantu rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
David Wong menyampaikan sumbangan mewakili Sultan Johor kepada penerima di Mukim Plentong, Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Ketika pemimpin politik bukan sahaja dari Johor tetapi seluruh Malaysia memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang masih belum tahu bila akan diadakan, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar terus aktif membantu golongan memerlukan di negeri ini.

Terbaharu, baginda berkenan menyampaikan sumbangan bentuk barangan makanan kepada 350 keluarga yang menetap di kawasan Desa Cemerlang, Ulu Tiram dalam Mukim Plentong, di sini.

Selain itu, Sultan Ibrahim turut berkenan menyampaikan sumbangan peribadi kepada 32 penerima di kawasan berkenaan.

Bantuan terbabit disampaikan wakil baginda, Mejar Cina Datuk David Wong sambil diiringi Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat), Muhamad Rashdan Rahmat.

Penerima bantuan, Tan Juat Koon , 63, memberitahu, pihaknya amat gembira dan bersyukur dengan bantuan yang diberikan Sultan Johor kepada dia sekeluarga.

“Saya amat gembira apabila diberitahu akan menerima bantuan daripada Sultan Johor. Bantuan ini juga saya anggap sebagai hadiah kepada kami sekeluarga sempena Tahun Baru Cina yang akan menjelang nanti” katanya seperti dimuat naik dalam laman Facebook rasmi baginda, hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI