fbpx

Nur Mardhiah rayu bantuan alat pendengaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Natasya dan suaminya yang mendukung Nur Mardhiah ketika ditemui di rumah sewa mereka di Sungai Siput, Perak baru-baru ini.

SUNGAI SIPUT – Sejak berusia tiga bulan, Nur Mardhiah Shahadah Abdul Hadi, 5, disahkan menghidap kanser paru-paru dan mata yang menyaksikan kanak-kanak itu melalui pelbagai rawatan termasuk lebih 20 pembedahan.

Biar sukar mana sekali pun, ibu bapa kanak-kanak itu, Nur Natasya Rashid dan Muhammad Iqmal Ramli masing-masing berusia 26 tahun tidak pernah merayu bantuan, sebaliknya berusaha mencari rezeki buat anak-anak mereka.

Lebih memilukan, penyakit kanser mata dan paru-paru kanak-kanak itu kini sudah me­rebak ke telinga.

Menurut Nur Natasya, dia berpindah ke negeri ini dari Kajang, Selangor selepas perkahwinan ke­duanya dengan Muhammad Iqmal yang berasal dari Ipoh.

Selain Nur Mardhiah yang merupakan anak ketiga, wanita itu memiliki dua lagi anak berusia tujuh dan enam tahun, manakala bersama Muhammad Iqmal pula, mereka mempunyai seorang anak berusia enam bulan.

“Sebelum ini, suami saya bekerja secara kontrak tetapi terpaksa berhenti sebab kerap mengambil cuti kerana perlu membawa Nur Mardhiah mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Sekarang suami bekerja sebagai penghantar barangan dengan pendapatan RM800 sebulan selain menjual rendang dan kerepek bagi mencari pendapatan sampingan untuk menampung perbelanjaan keluarga,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Taman Kledang di sini baru-baru ini.

Nur Natasya memberi­tahu, dia bernasib baik kerana sewa bulanan rumah sebanyak RM450 dibayar seorang dermawan yang ikhlas membantu meringankan beban keluarga­nya.

Jelas wanita itu, mereka sekeluarga terpaksa berjimat cermat apatah lagi sekiranya perlu membawa Nur Mardhiah ke HKL bagi kos pengangkutan dan makan minum.

“Nur Mardhiah merupakan orang kelainan upaya (OKU), jadi kos rawatannya percuma. Cuma sekarang ini dia memerlukan alat bantuan pendengaran yang perlu dibeli di farmasi berharga RM1,500.

“Kami reda dengan penjelasan pakar mengenai keadaan Nur Mardhiah. Saya merayu sekiranya ada pakar perubatan luar negara yang sudi membantu ­biarpun agak sukar untuk menanggung perbelanjaan tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, nasib Nur Mardhiah mendapat perhatian apabila menerima kunjungan Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Ipoh, Syahrizal Azmi mewakili Datuk Bandar Ipoh bersama

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Zunainah Zulkifli.

Dalam kunjungan itu, Syahrizal menyampaikan sumbangan susu dan lampin pakai buang bernilai RM1,000 bagi keperluan Nur Mardhiah, manakala Pasar Raya Econsave cawangan Jelapang pula menyumbang barangan keperluan harian bernilai RM400.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga Nur Mardhiah boleh berbuat demikian menerusi akaun CIMB Bank bernombor 7634138054 atau meng­hubungi Nur Natasya di talian 013-8752749.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI