fbpx

Newcastle mampu kekal di saingan EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEWCASTLE berjaya meraih kemenangan pada aksi terakhir sebelum ini apabila menewaskan Leeds. – AFP

LONDON – Pengkritik bola sepak England, Rio Ferdinand percaya bahawa Newcastle United akan terus kekal bersaing di Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan selepas berjaya mendapatkan beberapa pemain yang dilihat mampu memberikan impak.

Lima pasukan yang berada di kedudukan terbawah liga melibatkan Burnley, Watford, Newcastle, Norwich dan Everton ­hanya dibezakan dengan tujuh mata ketika ini.

Bekas pemain pertahanan Manchester United itu percaya, dengan jumlah perlawanan yang masih banyak dan masa untuk kembali meningkatkan prestasi pasukannya menyebabkan Newcastle mampu untuk meninggalkan zon penyingkiran.

“Saya fikir Newcastle akan terus kekal dalam saingan utama musim depan dan terlibat dalam pasaran perpindahan musim panas nanti dengan lebih baik. Mereka pasti akan melakukan sesuatu yang besar pada musim panas nanti.

“Mereka kelihatan sedang merancang sesuatu yang hebat dan strategik. Menggunakan kuasa­ wang dengan lebih bijak berbanding pasukan lain.

“Berdasarkan situasi semasa, saya fikir pasukan yang tidak bernasib baik dan tersingkir adalah Burnley, Watford dan Norwich. Tempoh rehat dua minggu ini bakal memberikan mereka masalah ke­rana akan kehilangan momentum.

“Newcastle akan terlepas daripada masalah tersebut. Mereka sudah membawa masuk satu atau dua pemain yang akan memberikan impak,” katanya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI