fbpx

Neelofa pernah mengidam nasi lemak setiap hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA kini menghitung hari untuk melahirkan bayi sulungnya.

PETALING JAYA – Setiap wanita hamil, pasti akan melalui fasa mengidam untuk menikmati pelbagai jenis makanan atau melakukan aktiviti tertentu.

Fasa tersebut turut dirasai selebriti terkenal, Neelofa yang mendedahkan pernah mengidam nasi lemak hampir setiap hari pada awal kehamilannya.

“Pada mulanya saya tak tahu inikah rasa mengandung? Sangat mencabar sebab badan kita berubah ditambah pula dengan ‘morning sickness’ pada trimester pertama.

“Pada awalnya, saya ingatkan tidak akan mengidam tetapi selepas memasuki fasa ketiga kehamilan baru sedar saya mengidam nasi lemak hampir setiap hari,” katanya dalam siaran langsung Instagram bersama penyanyi, Ernie Zakri malam tadi.

Kongsi isteri kepada pendakwah terkenal, Haris Ismail itu, nasi lemak menjadi antara makanan wajibnya setiap pagi ketika fasa pertama dan kedua kehamilannya.

Namun, keinginannya untuk menikmati makanan popular rakyat Malaysia itu hilang sebaik sahaja kandungannya memasuki fasa ketiga.

“Pada fasa pertama dan kedua, nasi lemak memang kena ada setiap hari.

“Setiap kali bangun pagi mesti akan mula mencari kedai dalam talian yang menjual nasi lemak tetapi selepas masuk fasa ketiga, tiada langsung keinginan untuk menjamahnya,” kongsinya.

Dalam pada itu, pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd. Noor itu memberitahu dia merupakan seorang yang sentiasa mengambil makanan tambahan atau suplemen untuk kesihatannya tetapi semuanya berubah selepas dirinya disahkan hamil.

“Saya seorang yang makan suplemen seperti vitamin tetapi sekarang nak telan pun tidak boleh.

“Makan sikit terus rasa pening dan memang pelik. Itu antara benda yang berbeza sebelum dan selepas hamil,” katanya lagi.

Sebelum ini, seorang peniaga nasi dagang pernah berkongsi tangkap layar Neelofa menempah makanan daripadanya kerana mengidam sebelum melalui proses berpantang tidak lama lagi.

Terdahulu, bekas pengacara MeleTOP itu buat pertama kali berkongsi kepada umum sedang menghitung hari melahirkan cahaya mata pertamanya.

Neelofa sebelum ini juga pernah memaklumkan tidak akan berkongsi mengenai cerita kehamilannya sebaliknya memilih untuk mengumumkan berita kelahiran zuriat pertama kelak.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris selamat bergelar suami isteri pada 27 Mac 2020 di sebuah hotel terkemuka di ibu negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI