NAIK berat badan memang satu hal yang tak dapat dielakkan semua wanita hamil. Situasi tersebut turut dilalui Neelofa yang kini sedang sarat hamil dan menunggu masa
untuk melahirkan bayi sulungnya.
“Bertambah + 18 kilogram (kg) cinta dan kebahagiaan #kecilbetul,” tulis Neelofa dalam satu entri Instagram yang turut memuat naik fotonya bersama Haris Ismail.
Kapsyen tersebut menuai perhatian, bahkan ada yang menyifatkan bekas pengacara MeleTOP itu tetap cantik walaupun berat badan bertambah.
“Naik 18kg pun tetap cantik. Suka Neelofa sekarang, lebih merendah diri dan sopan. Kapsyen sempoi-sempoi saja,” puji netizen.
MIZZ LAHAR: Dengarnya peminat sudah meminta dihasilkan drama Layangan Putus versi Malaysia. Rasa-rasanya siapa pelakon yang layak?