fbpx

Mosti sedia bantu hasilkan baka penelur berkualiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amzad (dua kiri) bersama Mohd. Shukri (kiri) dan Muhammad Didi ketika melancarkan penubuhan MIFA hari ini

SHAH ALAM – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) bersedia membantu menghasilkan baka ayam penelur yang berkualiti dalam membantu bekalan pengeluaran telur dalam negara.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, ini termasuk dalam memberikan bantuan geran penyelidikan dengan teknologi yang ada sehingga ke tahap komersial.

“Setakat ini, kita tiada membincangkan mengenai ayam penelur namun sekiranya ada cadangan dan keperluan berkaitan daripada inovator dan sebagainya.

“Mosti sentiasa menerusi agensi kita ada bersedia memberikan bantuan daripada geran penyelidikan,” katanya kepada Kosmo! selepas melancarkan Malaysia Industri Forward Association (MIFA) di Management & Science University (MSU) hari ini.

Turut hadir, Presiden MSU, Prof. Tan Sri Dr. Mohd. Shukri Ab. Yajid dan Presiden MIFA, Muhammad Didi Hendra Shah.

Amzad berkata demikian bagi mengulas sama ada Mosti mempunyai sebarang perancangan menghasilkan baka ayam penelur bagi mengelakkan trend bermusim bagi penghasilan telur. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI