fbpx

Mazlan Bujang, 23 ahli Bersatu keluar parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mazlan Bujang (tengah, baju biru) mengadakan sidang media mengenai pengumuman peletakan jawatan dalam parti Bersatu berkuatkuasa serta merta di Kompleks Sultan Abu Bakar , Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Mazlan Bujang umum keluar parti berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Mazlan berkata, beliau bersama 23 orang yang terdiri daripada Ketua cawangan dan ahli Jawatankuasa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tebrau turut sama mengikut jejaknya.

Beliau memaklumkan tidak akan menyertai mana-mana parti buat masa ini dan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

“Setelah menilai dan menimbang sejak sekian lama dengan pemikiran yang waras maka saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Bersatu Bahagian Tebrau berkuatkuasa serta merta dan keluar dari parti.

“Turut sama meletakkan jawatan ialah Setiausaha Bersatu Bahagian serta pegawai dan beberapa ahli jawatankuasa Bersatu Tebrau.

“Saya juga mengisytiharkan bahawa saya kini tidak menjadi ahli mana mana parti tetapi menyokong BN,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Yayasan Warisan, di sini hari ini. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI