fbpx

Malaysian Tigress mudah belasah Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAJA NORSHARINA (kanan) membuka tirai jaringan buat pasukan kebangsaan menewaskan Indonesia 6-0 dalam aksi klasifikasi lima hingga lapan saingan Piala Asia di Muscat hari ini. - AHF

SKUAD hoki projek khas wanita kebangsaan tidak berdepan masalah besar untuk menewaskan Indonesia 6-0 pada aksi klasifikasi lima hingga lapan saingan Piala Asia 2022 di Muscat, Oman.

Kejayaan itu menyaksikan Malaysian Tigress terus berada pada landasan tepat untuk mencapai sasaran menamatkan saingan Piala Asia di Kompleks Sultan Qaboos itu sebagai pasukan kelima terbaik.

Pada aksi itu, Malaysia yang membariskan 10 muka baharu rata-ratanya baru berusia 22 tahun, bermula cemerlang apabila membuka tirai jaringan menerusi Raja Norsharina Raja Shabuddin pada minit ketiga.

Skuad bimbingan Nasihin Nubli Ibrahim itu tidak menunggu lama untuk menggandakan kedudukan apabila pakar flick, Nuraini Abdul Rashid memanfaatkan pukulan sudut penalti berselang dua minit kemudian.

Bagaimanapun, skuad negara terpaksa berhempas pulas untuk mencari tambahan gol ke atas Indonesia yang kini dibimbing bekas pengendali kebangsaan, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah.

Kesabaran para pemain akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya memperoleh gol ketiga melalui Nuramirah Syakirah Zulkifli pada minit ke-44 sebelum Nuraini memastikan jaringan keempat lima minit kemudian.

Gol kelima pula hadir menerusi jaringan padang Nor Asfarina Isahyifiqa Isahhidun pada minit ke-52 sebelum Fatin Shafika Mahd Sukir menjadikan kedudukan 6-0 buat skuad negara pada minit ke-55.

Kemenangan itu membolehkan Malaysian Tigress mara ke perlawanan penentuan tempat kelima dan keenam menentang satu lagi wakil dari rantau Asia Tenggara, Thailand malam esok. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI