fbpx

Kilang dikompaun RM230,000, gagal urus sisa buangan berjadual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai Penguatkuasa JAS Johor mengambil sampel sisa buangan berjadual sebuah kilang di kawasan perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang yang dikenakan kompaun RM230,000.

JOHOR BAHRU – Sebuah kilang berasaskan logam di kawasan perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang di sini dikompaun RM230,000 kerana gagal mengurus sisa buangan berjadual dengan baik.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor dalam satu kenyataan memberitahu, premis berkenaan dikesan melakukan kesalahan itu ketika pemeriksaan dijalankan Pegawai Penguatkuasa JAS Cawangan Pasir Gudang.

“Premis terbabit didapati gagal dalam pengendalian dan pengurusan bahan buangan terjadual dan telah melanggar Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.

“Sampel buangan daripada proses kilang telah diambil untuk dianalisa bagi tindakan penguatkuasaan selanjutnya,” jelasnya kenyataan tersebut.

Menurut JAS Johor lagi, premis berkenaan telah diarah untuk mengambil tindakan segera dengan memastikan semua sisa buangan terjadual yang dihasilkan diurus mengikut prosedur yang ditetapkan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI