fbpx

IPD Serdang lancarkan Ops Selamat 17

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
A.A Anbalagan (dua dari kanan) menyerahkan cenderamata kepada orang awam selepas merasmikan gimik pelancaran Op Selamat 17 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di Plaza Tol Sungai Besi arah selatan di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang melaksanakan pelancaran Ops Selamat sempena Tahun Baharu Cina untuk memantau semua jalan-jalan utama seluruh negara bagi memastikan aliran trafik berjalan lancar dan keselamatan pengguna terjamin.

Ketua polis daerah Serdang, YDH ACP A.A Anbalagan berkata, Ops Selamat ini bermula pada 28 Januari 2022 sehingga 06 Februari 2022 selama lapan hari dengan memberi fokus meminimumkan kadar kemalangan ketika musim perayaan.

Katranya, objektif semasa Ops Selamat ini adalah mengelakkan kejadian-kejadian pecah rumah apabila meninggalkan rumah masing-masing untuk pulang ke kampung halaman.

“Seterusnya, objektif kedua adalah meminimumkan kadar kemalangan jalan raya ketika musim perayaan,” katanya tadi.

Anbalagan turut menasihatkan orang ramai mengikuti Sop yang telah ditetapkan agar dapat memutuskan rantaian Covid-19. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI