fbpx

Harimau tetap tidak bertambah di hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jumlah harimau belang di dalam hutan negara ketika ini didakwa hanya sekitar 150 ekor.

PETALING JAYA – Kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan bagi mengenal pasti punca kekurangan populasi harimau disebabkan haiwan itu tidak bertambah walaupun ada aktiviti pembalakan di negara ini.

Pensyarah Jabatan Sains Bio­logi dan Bioteknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Shukor Md. Nor berkata, kajian yang menyatakan pembalakan secara selektif dapat membantu meningkatkan populasi harimau ada logik, tetapi ia tidak terbukti secara realiti.

“Kajian itu kata, jika pembalakan boleh memberi makanan kepada haiwan seperti pelanduk atau kijang yang kemudiannya boleh menjadi makanan kepada harimau.

“Jika menggunakan interaksi secara terus, logiknya memang sepatutnya begitu. Tetapi, rea­litinya haiwan itu tidak bertambah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Berita berkaitan: Pembalakan berupaya tambah populasi harimau belang

Sementara itu, Pakar Alam Sekitar, Prof. Dr. Maketab Mohamed berkata, kenyataan yang digunakan oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, Abdul Khalim Abu Samah baru-baru ini menyebut berkenaan pembalakan yang selektif, bukan pembalakan tidak terkawal seperti dilaksanakan di negeri itu sekarang.

“Artikel yang dirujuk sebut tentang pembalakan selektif, bukan pembalakan tidak terkawal atau clear cut (penggondolan) hutan seperti yang dilaksanakan.

“Ada kajian pada tahun 2018 mengenai konflik hidupan liar mendapati, pembalakan yang berleluasa di seluruh kawasan tropika memberi kesan kepada biodiversiti hutan. Kajian itu kata, hutan yang tidak dibalak mempunyai lebih banyak hidupan liar daripada hutan yang dibalak secara selektif,” ujarnya.

Terdahulu, Abdul Khalim dikecam oleh sesetengah pihak berhubung kenyataannya yang menyatakan kawasan hutan yang ditebang mungkin baik untuk populasi harimau.

Beliau berkata demikian ketika memberikan respons ber­kenaan dakwaan bahawa aktiviti pembalakan di Kelantan menyumbang kepada pengura­ngan populasi harimau.

Dua pakar hidupan liar dari Tabung Alam Sedunia (WWF) Malaysia menyimpulkan beberapa bentuk pembalakan hutan dapat membantu pemuliharaan populasi harimau Malaya yang semakin terancam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI