fbpx

Guna ahli keluarga beli minyak masak peket sampai licin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa KPDNHEP Melaka menjalankan pemeriksaan bekalan minyak masak peket bersubsidi di premis sekitar negeri ini.

MELAKA – Taktik pembelian berganda menggunakan ahli keluarga menjadi punca bekalan minyak masak peket bersubsidi di kebanyakan kedai runcit di negeri ini licin sebelum sempat bekalan ditambah.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar berkata, siasatan penguat kuasa di kedai runcit mendapati kekurangan bekalan itu bukan berpunca di peringkat peruncit, sebaliknya pengguna sendiri.

Katanya, hasil pemeriksaan terdapat pembeli yang melakukan pembelian berganda menggunakan ahli keluarga semata-mata untuk memastikan bekalan tidak putus di rumah masing-masing.

“Peruncit mengenakan had pembelian minyak masak terhad tiga peket untuk setiap pelanggan. Kekurangan ini berlaku kerana wujud pembelian berganda. Misalnya enam ahli keluarga setiap seorang membeli tiga peket minyak masak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas meninjau harga barangan keperluan menjelang Tahun Baharu Cina di Pasar Awam Melaka, di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI