fbpx

Fadhli mahu cipta kembali nama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FADHLI mahu fokus untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan Melaka United sebelum memikirkan potensi lebih jauh untuk kembali ke pasukan kebangsaan. – FB MU

TONGGAK pertahanan baharu Melaka United, Muhammad Fadhli Shas mengakui kini lebih matang dalam usaha mencipta kembali nama selepas dipinjamkan daripada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) selama semusim.

Sebagai rekod, pemain berusia 31 tahun sebelum ini menjadi tunjang buat skuad feeder Harimau Selatan, JDT II dengan membuat 10 penampilan pada saingan Liga Premier tahun lalu.

Kata Fadhli, sudah tentu peluang untuk beraksi bersama skuad Hang Jebat tidak akan dipersia-siakan kerana sasaran setiap pemain sudah tentu untuk kembali ke pangkuan skuad Harimau Malaya.

“Secara jujur, saya tidak ingin menjanjikan sesuatu yang luar biasa. Namun, apabila kita dah bermain secara profesional, tidak kira di mana pun saya akan diletakkan saya perlu berikan 100 peratus di atas padang.

“Cuma saya mengharapkan sokongan daripada penyokong-penyokong Melaka untuk kita sama-sama tengok musim ini Melaka akan berjaya meraih kejayaan,” kata bekas pemain kebangsaan itu.

Mengenai peluang mewakili skuad negara, Fadhli mengakui fokus ketika ini adalah untuk me­rebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan Melaka sebelum memikirkan potensi lebih jauh.

“Kalau masih diberi peluang, saya tidak menolak rezeki untuk kembali ke pasukan kebangsaan, tetapi saya tidak meletakkan itu sasaran utama sebab yang pen­ting adalah untuk beri terbaik kepada Melaka terlebih dahulu.

“Sebelum ini mungkin karier agak tenggelam sebab beraksi pada Liga Premier dan sekarang kembali ke pentas Liga Super, saya percaya kalau sentiasa konsisten, rezeki untuk beraksi dengan skuad kebangsaan mungkin ada,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI