fbpx

Dah nampak ‘baby bump’, comelnya Mira Filzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN pertama Mira Filzah selepas mengumumkan kehamilannya yang kini mencecah usia enam bulan.

SEJAK si cantik manis Mira Filzah mengumumkan kehamilannya kepada umum, tiada lagi perkongsian atau kisah lain yang diceritakan dalam media sosialnya.

Namun, foto yang dimuat naiknya baru-baru ini mencuri perhatian ramai kerana menampakkan bentuk ‘baby bump’nya, comel sahaja. Mira juga tidak mengalami peningkatan berat badan yang terlalu banyak.

Sepertinya itu juga gambar pertama dikongsi Mira selepas dia mengesahkan sudah hamil enam bulan. Namun, tidak dapat dipastikan itu foto terkini ataupun sekadar ‘throwback’ sahaja.

Mungkin Mira juga mengambil pendekatan seperti beberapa selebriti lain untuk tidak terlalu berkongsi perjalanan kehamilannya kepada umum.
Ramai peminatnya sudah teruja untuk menatap wajah bayi sulungnya. Sabar ya semua.

MIZZ LAHAR: Sampai bila Masya Masyitah nak mengunci mulut tentang khabar angin konon-kononnya sudah berkahwin? Lebih baik sahkan atau nafikan secepat mungkin, tidak undang fitnah dik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI