fbpx

Cuaca buruk di tujuh negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dijangka melanda di tujuh negeri pada petang ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan daerah Kulim dan Bandar Baharu di Kedah manakala bagi negeri Pulau Pinang, kawasan terlibat adalah Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk ini dijangka melanda beberapa kawasan di Perak seperti Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Kampar, Bagan Datuk, Batang Padang dan Muallim.

“Bagi negeri Selangor pula, hujan lebat serta ribut petit dilihat tertumpu di kawasan Hulu Selangor, Gombak dan Petaling serta keseluruhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Keadaan ini dijangka berterusan sehingga lewat petang hari ini,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Sementara itu, amaran cuaca buruk ini turut dikeluarkan bagi beberapa kawasan di negeri Sarawak dan Sabah yang dijangka berlarutan sehingga pukul 6 petang hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI