fbpx

Bekas pekerja salun dipenjara 3 tahun, denda RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vaitheswaran didapati bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Seberang Perai hari ini. Foto IQBAL HAMDAN

SEBERANG PERAI – Bekas pekerja salun yang didakwa menyebabkan kematian rakannya dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terhumban ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang di sini tiga tahun lalu didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini hari ini.

Hakim yang bertindak sebagai Majistret, Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin menjatuhu hukuman penjara tiga tahun dan denda RM10,000 terhadap tertuduh, M. Vaitheswaran, 23, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mahkamah turut memerintahkan lesen memandu tertuduh digantung lima tahun.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri, Datuk Khairul Anuar Abdul Halim dan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Nazri Abdul Rahim, manakala tertuduh diwakili peguam K. Paramanathan.

Terdahulu, Vaitheswaran diperintah membela diri selepas pihak pendakwaan didapati berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh pada akhir kes pendakwaan.

Pada 2019, Vaitheswaran didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian, Moey Yun Peng selepas SUV yang dipandu mangsa di Jambatan Pulau Pinang terhumban ke dalam laut pada 20 Januari 2019.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dipenjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,00 dan boleh hilang kelayakan lesen memandu tidak lebih tiga tahun daripada sabitan jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.54 pagi itu, Vaitheswaran yang dikatakan memandu sebuah kereta jenis Toyota Vios telah berlanggar dengan SUV yang dipandu Moey di atas jambatan berkenaan sehingga SUV itu hilang kawalan dan terjunam ke laut di Kilometer 4 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai.

Usaha untuk mengeluarkan kenderaan dan mayat Moey dari dasar laut, mengambil masa lebih 24 jam sebelum berjaya dikeluarkan pada Selasa petang, 22 Januari.

Mayat Moey yang masih berada di tempat duduk pemandu kenderaan dengan tali pinggang keledarnya masih terpasang ditemui di dalam SUV yang remuk itu semasa ditarik keluar dari laut pada pukul 6.07 petang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI