fbpx

Bekalan elektrik lima premis judi dipotong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Omar (tengah) mengetuai operasi pemotongan bekalan elektrik di sebuah premis di Sitiawan, Perak.

MANJUNG – Kegiatan perjudian di daerah ini terus digempur polis apabila bertindak memotong bekalan elektrik di lima lagi premis yang dikesan masih meneruskan kegiatan judi tanpa lesen hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Nor Omar Sappi berkata, operasi dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu melibatkan dua premis yang berselindung di sebalik kedai serbaneka, dua kedai telefon dan sebuah kedai makanan di Sitiawan dan Lumut.

“Kesemua premis tersebut didapati pernah dikenakan tindakan lebih daripada dua kali atas kesalahan sama,” katanya kepada pemberita selepas operasi tersebut petang tadi.

Menurut Nor Omar, premis tersebut aktif menjadi ejen perjudian haram sejak tiga tahun lalu dengan berselindung di sebalik perniagaan sah dan mendapat komisen sekitar 18 peratus daripada hasil judi.

Tegas beliau, polis mengambil tindakan memotong bekalan elektrik lima premis tersebut di bawah Seksyen 21A(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Nor Omar juga menjelaskan bahawa, sepanjang tahun lalu polis membuka 306 kertas siasatan berkaitan perjudian dengan 253 kes telah didakwa di mahkamah dan 14 premis diambil tindakan pemotongan elektrik.

Jelasnya lagi, bermula 1 Januari tahun ini sehingga hari ini pula, sebanyak 28 kertas siasatan telah dibuka dan 20 kes sudah dikenakan tindakan oleh pihaknya.

“Saya ingin menegaskan bahawa polis tidak akan berkrompomi dengan sebarang aktiviti perjudian dan kami konsisten mahu membanteras aktiviti ini termasuk semua jenayah lain,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI