fbpx

BATC platform Zii Jia buktikan keupayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA perlu membuktikan keputusannya untuk bergerak secara profesional adalah satu tindakan yang tepat.

PEMAIN badminton sensasi negara, Lee Zii Jia perlu menjadikan Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di Pusat Konvensyen Setia City, Selangor bermula 15 hingga 20 Februari depan sebagai pentas untuk dirinya membuktikan sesuatu.

Zii Jia, 24, pastinya menjadi tumpuan seluruh peminat badminton tanah air yang mahu melihat juara Seluruh England itu tampil menghadiahkan kejayaan manis buat Malaysia pada kejohanan tersebut.

Penganalisis sukan tempatan, Dr. Pekan Ramli percaya kejohanan itu adalah peluang terbaik buat Zii Jia membuktikan keputusannya untuk bergerak secara profesional adalah satu tindakan yang tepat.

“Dia (Zii Jia) kena buktikan bahawa tindakannya keluar daripada BAM (Persatuan Badminton Malaysia) adalah tepat dan menjadikannya lebih cemerlang serta berjaya. Kalau tidak nanti orang akan jadikan sad story (cerita sedih).

“Jadi, dia memang perlu buktikan sesuatu pada BATC nanti. Jadikan ia penampilan terakhir dengan BAM sebagai satu perkara yang manis.

“Sebab orang akan bercakap kalau dia gagal menyumbang sesuatu. Jangan main sambil lewa dan bermain pada tahap profesional tertinggi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kelmarin, Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria memberikan restu kepada Zii Jia yang mahu meninggalkan badan induk itu untuk bergerak secara profesional dalam kariernya.

Jika berjaya bergelar juara, ia pastinya bakal dilihat satu ha­diah paling manis buat BAM dan Zii Jia memandangkan Malaysia tidak pernah menjuarai sa­ingan BATC sejak edisi 2016 di Hyderabad, India.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI