fbpx

38 peratus pelajar IPT terdiri pengundi 18

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini (depan) melihat buku laporan kajian pembentukan DNA UiTM di UiTM Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Kira-kira 452,559 orang atau 38 peratus daripada 1.2 juta pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) adalah tergolong dalam kelompok Undi18.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, junlah pengundi itu diperoleh setelah Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 sebelum ini.

Berdasarkan pindaan RUU itu, pendaftaran secara automatik pengundi dan umur calon bertanding pilihan raya kepada 18 tahun.

“Dengan perubahan ini akan menyaksikan negara mengalami jumlah pertambahan undi yang mendadak kepada hampir 23 juta orang berbanding hanya sekitar 15 juta orang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Pertambahan sekitar 30 peratus pengundi baharu yang akan mengundi kali pertama berpotensi besar merubah senario politik sedia ada dalam negara pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” katanya ketika berucap hari ini.

Terdahulu beliau menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) di antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pelancaran buku laporan kajian pembentukan DNA UiTM di UiTM Shah Alam, di sini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI